JOM TONTON | PENGALAMAN BERWAKAF BERSAMA SAHAM WAKAF JOHOR
PROJEK TERKINI SAHAM WAKAF JOHOR
JOM TONTON | PROJEK - PROJEK SAHAM WAKAF JOHOR 2022
Projek Wakaf
PROJEK SEKOLAH MENENGAH ANTARABANGSA TAHFIZ SAINS JOHOR
Keterangan:
Projek baharu menerusi konsep Saham Wakaf Johor pada kali ini memberi fokus dalam Sekolah Menengah Agama di Negeri Johor. Sekolah ini mampu menempatkan sebanyak 300-400 pelajar dalam satu-satu masa serta dikelolakan sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Sekolah ini juga akan menggunakan sistem dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Seramai 80% pelajarnya adalah dari dalam negara manakala 20% lagi adalah dari pelajar luar negara.
Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Daerah Kota Tinggi telah selesai menerima dan menguruskan pewakafan sebidang tanah seluas 0.206 hektar daripada Encik Daud Bin Ibrahim bagi tujuan kebajikan umat Islam di Kampung Bukit Samsu, Kota Tinggi bagi tujuan kebajikan umat Islam di daerah Kota Tinggi, Johor
::: MENGALIR PAHALA WAKAF TANPA HENTI ::: “Saya niatkan pahala wakaf ini nanti sampai ke arwah suami saya” begitulah kata² seorang pewakaf yang datang ke pejabat MAINJ hari ini
Alhamdulilah Pagi ini kami menerima lafaz wakaf sebuah rumah yang diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor di Bandar Baru Uda atas wakaf Am bagi kebajikan umat islam negeri Johor.