KETERANGAN :
Projek terbaru menerusi konsep Saham Wakaf Johor pada kali ini memberi fokus dalam pembelian seunit lot rumah di Eden Street , Australia yang dipohon oleh Islamic Malay Austrlian Association of NSW ( IMAAN ) “ Persatuan Melayu Islam Australia New South Wales.”
Tujuan pembelian sebuah rumah ini adalah disebabkan kebanjiran rakyat Malaysia di kawasan tersebut samada dari golongan pendidikan mahupun golongan yang berkerja . Persatuan itu juga ketika ini telah di anggotai seramai 100 orang ahli yang berdaftar.
Selain dari peningkatan jumlah rakyat Malaysia setiap tahun di sana, pembelian sebuah rumah ini juga akan digunakan sebgai tempat ibadah, pusat dakwah dan kebajikan serta membolehkan aktiviti-aktiviti perjumpaan dilakukan disana bagi mengeratkan lagi ukhuwah serta pemantapan akidah di kalangan masyarakat Malaysia di sana.
Kos : Kos bagi pembelian lot rumah ini adalah sebanyak RM 3,436,000.00 ( Ringgit Malaysia Tiga Juta Empat Ratus Tiga Puluh Enam Ribu Ringgit Malaysia Sahaja )